Wednesday, July 18, 2012

TULISAN

ASSALAMUALAIKUM, NI HAO

Mungkin tulisan aku, tak ada yang membaca. Oh, syukur, hinaan aku terhadap orang lain, tak ada yang membaca. Mungkin hentakan jari jemari menulis blog, tiada yang tahu. Oh, syukur. Tiada siapa yang perlu tahu tentang ini. Manis. Dalam diam, minat menulis sukar berkembang ini ku luaskan. Disini terlalu terkandung ayat bahasa melayu-english-mandrin bercampur haru.
 Hidup, belajar adalah adalah pelaburan. Tekanan semasa belajar adalah penambahan dalam setiap kunci kira-kira belajar.Nota & buku mahal adalah nilai tambah dalam penyata pendapatan belajar. Niat menulis post ini adalah untuk merungut harga nota statistik yang mahal tetapi tidak berbaloi, mungkin kerana sudah melabur pada buku dan ratusan kertas kajang yang digunakan untuk jala kira statistik yang panjang. *satu lagi rungutan. Dan hasil "print"an soalan past year yang melambak. Sangat menunjukkan, bahawa statistik merupakan subjek yang paling mahal dari segi kepenggunaan bahan pembelajarnnya. *again, merungut! Dan tidak termasuk 5 subjek lain yang menyumbang sama dalam keberhasilan tambah nilai penyata pendapatan belajar, turut menyumbang tekanan dalam kunci kira-kira belajar.* baru 6 subjek, da merungut rak!
 Seperti semesta-semesta sudah, aku teruskan usaha disini, pejuangan mak untuk belajar aku serapkan dalam setiap nafas aku,yang selama ni mak cube dapatkan ternyata sukar. Untung, anaknya mampu berada disini, cuba baiki taraf hidup sendiri. Bantingan tulang untuk terus hidup ditemani segala nikmat tuhan subahanallah. Mengejar usaha kerana mak.Jelas. Tulisan hari ini, mengenai tekanan dan semangat ku. Orang nampak malas dan bodohnya aku, orang tak nampak, kelelahan aku mengejar mereka yang hebat. Aku bukn bijak malah terlalu lemah bersama kamu semua tapi hati ini setaraf & semudah kamu untuk menyerap ilmu. ALLAH, redhaikan lah hambamu, kuatkan semangat ku untuk terus berusaha untuk bersama mereka . Kesungguhan aku ini kerana MU, YA ALLAH. Pemberi nikmat seluruh alam maha luas ciptaan MU. Penberi nikmat seluruh mahluk seluruh cakerawala MU. Segalanya rahsia MU, Hidup & mati ku juga rahsia 
MU. Hanya KAU ,mampu menilai hambamu ini yang amat-amat lemah tidak berdaya.

ALLAH HUM MA SOLIA'LA SAIDINA MUHAMMAD WAAL ALIHI WA SOHBIHI WASALLAM WALHAMDULIL LAH HIROBBIL 'ALAMIN


No comments:

Post a Comment