Monday, September 10, 2012

CHERNOBYL DIARIES

ASSALAMUALAIKUM

Semalam gi tengok chernobyl diaries kat SO. Cerite tu baru keluar semlm tapi da boleh dapat discount. Aku g dengan kakak-kakak cantik + Fauzan mahadi. Encuk Fauzan ni ekot sebab nak wat assignment Mandrin.


serius aku benci cerita ni. cerita ni buat aku nak nangis sebab terkejut sangat2. gugur jantung mak. ntah apa nth benda tu.. isyy.. kanibal betul. 

Kisah bermula bile 4 sekawan, si abang, adik lelaki, girlfriend adik lelaki dan kawan kepada girlfriend adik lelaki dari US pergi bercuti kat Ukraine.Dyeorang jalan2 dan kemudian tujuan utama nak gi mana ntah,aku tak ingat. tetibe si abang ni terjumpa kawan lama dye. Kawan lama abang dye ni bekas pegawai askar. Pegawai askar ni da pencen and jadi ejen pelancongan. So si pagawai ni ajak ar  4 sekawan ni pergi melawat pusat pelancongan extrem. Ada tambah lagi satu couple ni then dieorang pergi ar tempat tu. 

Actually dieorang nak gi Pripyat tapi masa nak lalu sempadan tu. Kene tahan dengan askar yang tengah jaga kat tempat tu. Askar tu tak bagi die orang masuk then askar pencen a. k. a pemandu pelancong ni gi ar bawak dieorang kat laluan rahsia iaitu kawasan yang pernah jadi tempat tinggak pekarja chernobyl ni. Dieorang lalu sebatang sungai & berhenti . Pemandu pelancong tu suruh tengok dalam sungai dan dieorang nampak ikan yang rupe da macam piranha. Gigi kemain tajam. kebetulan, sekor ikan tu melompat and gigit seorang dari die orang. Nasib bek takde pape. then teruskan lagi perjalanan.

 Dieorang tiba kat area kejiranan, Semua rumah2 kat situ rumah flet dan memang ditinggalkan camtu je..Banyak barang yang ada sebab penghuni chernobyl dulu tinggal kan rumah dieorang dalam jangka masa beberapa minit je sebab nuclear kat tempat tu da bocor.Perkara tu da jadi 25tahun yang lepas tapi sisa nuclear tumasih ada dan dieorang tak di benarkan amik ape2 barang pun. Masa nak balik, van yang die orang naik tak boleh idup.Rupenye. enjen da kene makan dengan haiwan. Kat citu ar journey start. Malam tu, ada banda yang datang kat van dyeorang tapi tak tahu apa.

Pemandu pelancong tu keluar dengan si abang and kononnye nak pergi tengok. Si adik pulak degil gi ikut jugak.  Then pastu, die kene tangkap denagn bende ape ntah. Si abang tu lari bawak si adik yang da kene gigit balik dalam van. Dasyat kesan gigitan tu.

Pastu penat aku taip.. Aku sarankan, kalau brani, tengok ar. Kalau yang jenis-jenis aku, takut cerita triller ni. Tok sah la beb. Buat kau gugur jantung je..


chapter yang ni buat aku paling kecut.. budak kecik tu bukan budak kecik yang korang fikirkan selama ni..

Yang penting,tak nak aku tengok ag..phuiii..




No comments:

Post a Comment