ASSALAMUALAIKUM
Weekend aritu aku balik rumah then tetibe aku gian nak menguli tepung jadi aku pegi ar selak buku resepi dan nak cari resepi pastri. Dalam 15minit dok membongkar dan menyelak buku semua, Aku ada jumpe resepi pastri ni tapi da rupe pizza da. Aku pun renovate resepi tu.. Aku cume ikut yang belah kerak je.. Resepinye adalah
Kulit pai (8 biji pai telur yang kekecik)
1/4 buku mentega
200g tepung naik sendiri
garam
serbuk lada hitam cikit
telur sebijik
cheese yang halus2
Inti
telur sebijik
Bawang merah sebijik (potong dadu)
bawang putih 3-4 ulas (potong dadu)
lada kering kisar
garam
gula
Cara
memula uli tepung,mentega, garam, telur, serbuk lada itam , cheese sampai jadi doh pastu amik citak cupcake . rata kan tepung gandum didalam citak cupcake supaya doh yang akan di bakar tak melekat di permukaan citak. ambik secubit2 doh pastu ratakan doh ke bahagian dalam cup dengan nipis lepas tu cucuk lapisan pastri yang bakal jadi shell tu.. Pastu bakar, agak dalam 110 celcius selama 15-20minit camtu
sementara tu, masak sambal telur hancur bertujuan sebagai inti..
sambil tu tengok yang kat dalam oven tu, agak2 da kekuningan, keluar kan dan sejuk kan
bile da sejuk, masuk kan inti iaitu sambal telur tu kedalam pastri yang da jadi shell tadi, pastu amik lebihan doh tadi, letak atas inti dan cube lekat kan dengan pastri yang dibakar tadi
pastu bakar selama 10minit suhu 100celcius. kalau suke cheese, letak la sebagai hiasan pun boleh
da bakar, tunggu dye sejuk. pastu keluarkan dari citak cipcake,
makan dikala rasa nak makan
sory tak de gambar
lebiu
bye(serius mengada!)
No comments:
Post a Comment