Ok fine!! final da abis.. yeye.. kite da nak masuk sem 4. Teheee.. So, sepanjang final, kite tak payah gi kelas, buat homework, buat assignment, buat online quiz, buat taik mata dalam kelas, buat-buat pekak time kene suruh anta kerje semalam, buat buat tak perasan da abis belajar satu chapter pastu nak test kelam kabut satu malam study (tipu giler), buat kek pastu jual seluruh blog, buat pasal dengan boyfren, buat taik mata dalam bilik , dan memacam benda mengarut yang boleh dibuat, pendek kata buat. huh!!
Disebabkan kite tak buat benda-benda yang disebutkan kat atas masa final week, so kite tukr aktiviti kite dengan benda lain.
1.Tengok movie 25jam tak berhenti
Aktiviti ini menjadi kegilaan ramai dikala minggu final. Ini termasuk juga dalam aktiviti meng'copy' dan men'download' movie sampai pengsan. Sampaikan hard disk dalam laptop da penuh dan terpaksa beli external untuk memuaskan nafsu menonton movie sampai pengsan itu. Dan aku serta kakak cantik adalah orang-orang yang terlibat dalam aktiviti ini. :)
2. Melantak sampai pengsan
Ni aktiviti wajib ni. Time-time final week, makan di seumpamakan sebagai benda wajib ada dalam lemari semua orang. Harus la. da penat-penat study, melantak la best. Stock-stock makanan wajib ada seperti megi, biskut dan roti menjadi pilihan utama. Tak ketinggalan gegula, cekelat choki-choki dan coolblog * tak ngabis menelan bendealah coolblog tuh!
3. Membute
Ni di letak kat di aktiviti ketige kerana memang ari-ari tido kan? Tapi bile final, da tak yah fikir kene bangun awal, nak siap pegi kelas, bangun untuksolat subuh then tido sampai pukul 12 tghari pun tak de orang kesah. Bangun-bangun terus pegi beli nasi tanpa hiraukan air liur basi berserta taik mata tu pun tak pe. Tak de mata yang nak peduli. Pas makan tengahari, tido balik sampai maghrib, tak de orang kesah jugak. Bile nak study, kau punye pasal. Pendek kata, tido 24jam pun tak pe. Tak de orang kesah!
4. Main game sampai menang
Ha?? aku tak buat aktiviti ni, Yang aku tau, bebudak lelaki je layan benda ni.Main game sampai dapat first price padahal bukan dapat hadiah benda2 ape pun. Pe ntah. Ye aku memang tak faham jiwa pemain game sebab aku jarang main game. Main game kat facebook pun jarang-jarang. kehkehkeh..
5. Men Facebook sampai muntah
Sem ni aku tak berapa nak men face book sangat masa final . Tk tau sebab ape. Malaz kot. Orang lain macam 24jam je.
6. Tengok cerita Korea
Wah, ni pun aku tak buat tapi orang lain siap katam 3-4 drama Korea yang berbelas-belas episod. Huh, pengsan! kahkah, aku tak pandai ar tengok cerita Korea bnyak-banyak episod. Aku ras geram sebab lambat sangat nak abis. Kalau terus skip,nanti tak faham. Huu, aku pun tak faham dengan movie tu.. haha..
7. Keluar berjalan tak berhanti
Bagi golongan-golongan yang kaya-raya disaat penghujung sem ni, aktiviti outing menjadi aktiviti yang membahagiakan. Boleh la tengok wayang sesikit. Huu.. jeles!!!!
seafood tempura from SHIHLIN walaupun rupa mu tak semengah tapi rasamu mampu buat aku rasa dunia aku yang punya, Gile melampau.
tu je,, bye.. selamat cuti sem.. next sem jumpe lagi..

No comments:
Post a Comment