Dulu aku tak suke makn megi. Sebab aku rasa megi tu untuk orang-orang yang pemalas. Tak reti nak duk dapur. Malas memegang tangkai kuali dan periuk. Juga malas memegang sudip dan senduk. Sebab dulu aku ada nyaie dan mak untuk masakan aku untuk aku makn dan buatkan aku air. Dan aku belajar masak sejak umur 14 tahun sebab ntah la. Aku geram bile aku nak makn tapi tak de lauk. Jadi aku belajar ar masak. Even aku masak cam haremmmmm. Ouhhh.. kesah pulak aku!
Aku jugak beranggapan yang orang yang makan megi tu mesti bengap mengalahkan orang yang duduk kelaz ujung (gile bajet aku dulu masa zaman sekolah, mementang duduk kelaz kedua pandai! padahal!!) sebab sejak aku sekolah rendah aku telah di dedahkan dengan perkataan MSG iaitu mono sodium gulgamate( ye kot ejaan nye tuh!) yang mampu buat otak lembab . Sebab tu aku berhenti makn jajan SUPER RING masa aku darjah 6. Dan sejak tu aku kurang makan jajan kecuali kalau budak tuyul a.k.a adik aku beli la.
Aku jugak beranggapan orang yang makn megi ni terlalu mengikut budaya barat. Makan semua yang nak senang. Dua minit tapi tak cukup zat punya makanan. Mengarut!!( serius la aku memang tak suka megi) tapi ni cerita dua tahun lepas dan sebelum-sebelumnye lah kan. Masa aku part 1 pun aku masih avoid megi dari hidup aku. Isy, kire aku memang mengelak megi gegila ar.
Tapi selepas aku masuk uitm dalam 2-3 bulan gitu. Aku telah menemukan sesuatu yang baik disebalik megi yang aku tak suke sanagt tu. Iaitu makan apa yang mudah sebab kat bilik kau tak boleh masak. Setelah aku menilai baik buruknye , dan setelah aku mencuba makan bubur segera yang lebih kurang je kesan buruk nye dengan megi tu. Akupun terpaksa menerima hakikat yang megi tu bukan teruk beno.
Aku mule memakan megi yang tak berkuah. Aku tak tau nape aku lebih minat dengan
mi goreng jenama mi sedap
Sekali rasa terus minat. Aku da try da mi sedap perasa lain tapi cam haremm je bile masuk tekak aku. Siap aku maki megi tu( em, tau dosa maki makanan. rezeki tu!) memang tak sesuai kat tekak aku lah .Lagi-lagi perisa soto. Aku rasa nak pengsan makan perisa soto.
Akibat dari itu maka akhirnya berlaku lah kejadian jatuh cinta dengan mi sedap goreng.
tu je nak cakap
terima kasih bace entri ngengarut nih
bye!

No comments:
Post a Comment