aritu balik cuti raya cine.punye la malas aku nak buat pape. duk umah tido dan berjalan semata-mata adalah tugasan harian aku sampai satu tahap aku fikir apakah tujuan asal aku balik rumah. sanagt dasyat keadaan Farah Ezzati pada masa itu. Tu tak kire mandi siap terlupe nak cuci muke. Tak gune pakai cologen sebagai tapi bab cuci muke , tibe-tibe rasa jijik dengan pencuci muka itu. Padahal, bertahun pakai pencuci muka jenama yang sama.
Sampai mak suruh buatkan assignment dia pun, aku tak boleh siap sebab tak mampu melawan sifat malas yang kemelampauan yang amat. Aku lebih sanggup melayan mesej-mesej dye dari bangun untuk makan dan mandi. Akibat beberapa hari yang aku lalui dalam keadaan malaz yang amat sangat, akhirnya pada khamis yang menawan lepas. Aku tergerak hati nakmelakukan agenda yang telah sekian lama aku rancang iaitu buat onde-onde.
Ala onde-onde, tak kan tak tau kan
bahan-bahan
tepung pulut- ikut la berapa banyak nak buat
daun pandan- 2 helai pun cukup untuk 25biji onde-onde
garam- buat rasa lemak je
gula melaka- inti onde
kelapa parut-untuk salut kat luar onde-onde
cara
memula masukkan tepung pulut dalam mangkuk
pas tu, kisar daun pandan dgan air.
kisaran tu untuk campur kat tepung pulut tu.
pas tu uli tepung pulut dan air kisaran daun pandan sampai jadi doh
![]() |
| da jadi doh, buat lubang atas doh dan masukan gula melaka dan bulatkan semula. ohh comel tangan ku! |
![]() |
| da siap sedia nak terjun dalam air yang mengelegak. rebus doh sampai dye terapung sendiri |
![]() |
| nampak tak yang da terapung tu,, da sedia nak di angkat. ankat , tos sikit, terus gelok kan kat kelapa parut ye |
![]() |
| ha,, tu da siap da.. kehkeh |
orang kata, pandai masak tu bagus tapi rajin masak lagi bagus.. jadi, kalau tak pandai masak tapi rajin masak tu ketegori bagus jugak la kan? hee
thanks baca
hee bye
assalamualaikum..




No comments:
Post a Comment